ASSALAMUALAIKUM dan Salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia, tahniah kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia meenerusi Jabatan Pengangkutan Jalan dan JKKR kerana menjayakan laman web Private Eye menerusi laman panducermat.com.
Saya berharap pihak bekuasa yang membabitkan anggota dan kakitangan bertugas dalam kementerian dan agensi kerajaan berkenaan supaya bekerjaa dengan profesional dan bertanggungjawab.
Semua itu penting bagi memastikan setiap aduan pelanggar undang-undang jalan raya dan pesalah jalan raya diambil tindakan tegas mengikut undang-undang. Jangan ada sikap penakut atau pengecut ketika menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang.
Ini kerana pesalah undang-undang di Malaysia akan bertindak balas apabila mereka diambil tindakan semata-mata menegak benang basah dengan memberi pelbagai alasan. Ketika mereka melakukan kesalahan tidak sedar. Apabila pemangsa bertindak melaporkan mereka meraih simpati dengan menyalahkan pelapor pula.
Saya berharap Private Eye berkesan menguatkuasakan undang-undang berdasarkan maklumat dan bukti yang dihantar pemberi maklumat PE.
Gunakan bukti seperti maklumat dan gambar atau apa saja yang diberikan untuk mengesan data pesalah dengan menghantar surat amaran atau penggilan untuk saman atau pendakwaan.
PE dijangka dapat mengurangkan pesalah jalan raya dan pembuli jalanan jika pihak berkuasa menggunakan PE dengan berkesan.
