TIP-TIP UNTUK MENGAWAL STRESS SEMASA MEMANDU
Rehatkan fikiran, •rehatkan tubuh badan anda. Pastikan kedudukan badan anda adalah betul semasa memandu. Kedudukan badan terlalu dekat atau terlalu jauh dengan stereng memberi kesan kepada pemanduan.
Lontarkan pandangan kepada persekitaran yang segar semasa memandu.Segarkan mata anda. Anda hendaklah mengatur pergerakan mata anda untuk melihat cermin sisi kanan/kiri dan cermin pandang belakang secara bersistemetik. Anggaplah pergerakan ini sebagai latihan mata supaya tidak mudah mengantuk atau mudah terlelap.
Selepas memandu dalam tempoh tertentu, anda berhenti sekejap ditempat yang selamat, turun dari kenderaan dan buat pergerakan ringkas. Contoh:-Jika anda berhenti mengisi minyak, jangan malas keluar dari kenderaan. Anda hendaklah keluar dari kenderaan dimana pergerakan anda nanti akan memberi kesegaran semula.
Rancang perjalanan. Pastikan rehat dan tidur mesti cukup. Harus diingat bahawa ubat mengantuk yang paling mujarab sekali ialah tidur. Jangan sekali-kali makan pil elak mengantuk kerana anda akan memandu dalam keadaan mata celik tetapi hati tidur.
Mempunyai teman semasa memandu. Dengan berteman, anda boleh berbual.Jika teman anda kaki tidur, anda boleh sekalisekala menjeling bagaimana teman anda tidur kerana salah satu kaedah untuk mengelakkan dari mengantuk ialah melihat perlakuan orang tidur. Anda juga boleh bertemankan radio rangkaian kegemaran anda.
Mengamalkan permakanan yang betul. Terlalu kenyang akan menyebabkan anda lemah dan ingin rehat dan tidur.
Menciptalah sesuatu yang boleh menceriakan semasa memandu dan anggaplah pemanduan ini adalah pemanduan yang sempurna. Jangan sekali-sekali bertindakbalas kepada kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lain. Pemandu mahir mesti boleh mengawal keadaan dan tidak mudah terjebak dengan kesalahan lalulintas.
Lakukan SEX pada setiap masa.Ini adalah kunci utama untuk mengelakkan stress semasa memandu. (S-Smile-SENYUM, E-Energy-BERSEMANGAT/BERTENAGA dan X-X'CITMENT/SERONOK )
Mengambil pendekatan Agama. Orang yang tenang adalah orang yang dapat menghayati tuntutan agama
