Sekadar pandangan dan kita fikir bersama.... Orang ramai, terutama pengguna jalan raya yang membabitkan pemandu kenderaan tertakluk kepada undang-undang jalan raya, termasuk kakitangan awam dan anggota polis dan pihak berkuasa kerajaan termasuk tempatan bila tidak bertugas dikatakan turut tidak mematuhi undang-undang. Maklumat ini akan dikatakan 'jangan menuding jari' atau salahkan orang lain. Kita harus berbaik sangka. Masalahnya dalam masa sama ada orang indkar undang-undang. Panjang cerita pula nanti.
Tiada siapa suruh pihak berkuasa termasuk anggota polis, jpj atau DBKL memantaau 24 jam di situ. jika ada petugas di situ 24 jam pun, berbaik sangkalah kenapa hendak dikatakan 'curi tulang pula'. Yang penting pihak atasan pihak berkuasa berkenaan menghantar atau meenugaskan anggota di kawasan berkenaan di Sogo atau tempat sesak dengan kenderaan atau tempat orang ramai suka melanggar undang2 sudah kiraa bagus. Itu bermakna pihak atasan sudah buat kerja. Cara mana penguat kuasaan sama ada sekadar memerhati atau bertindak saman atau mengarah pesalah lalu lintas berkenaan meninggalkan tempat berkenaan sudah kira bagus.
Fikirlah bukan senang pihak atasan hendak menugaskan anggota pergi meronda di depan Sogo pada waktu makan tengah hari. Kena atur jadual tugas lagi. Fikir-fikirlah. Dimudahkan cerita.... pihak atasan mesti memastikan anggota aatau kakitangan penguat kuasaan cukup untuk meronda dan mengawasi terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor dan banyak lagi.
Namapun bekerja sebagai anggota penguat kuasa jadi kenalah bertugas menguatkuasakan undang-undang. Jika semua anggota berada di pejabat dalam pejabat berhawa dingin siapa pula anggota ataau kakitangan yang hendak bertugas di luar tempat awam macam tu yang panas dan berhujan. Yang penting pihak berkenaan yang ada kuasa kena buat kerja penguatkuasaan. Apapun dalam lama macam ini kita memberi pandangan dan maklumat demi memastikan orang ramai berhemah di jalan raya dan kita kena sentuh bidang kuasa penguat kuasa serta meminta mereka tolonglah pantau. Tiada niat menyinggung sesiapa. Fikirkan mana yang baik untuk semua. Jika pendapat saya salah sila sanggah dan cari yang terbaik. Yang teramat penting pesalah lalu lintas, jalan raya, lebuh raya atau di mana saja perlu diambil tindakan tegas mengikut undang2, mendidik supaya daripada kecil hingga usia tua, mematuhi undang2 kerana ia secara menyeluruh membabitkan 'diri kita dan keluarga kita sendiri.'