Panducermat Forum » Coffee Shop

Polis Trafik

(12 posts)
  • Started 7 months ago by pakdino
  • Latest reply from webmaster

Tags:

  1. Adakah pihak Polis dikecualikan daripada mengikuti peraturan jalan raya seperti Memandu Melebihi Had Laju, Tidak Perlu Memakai Tali Pinggang Keledar, Memotong Double Line, Parking sesuka hati di tempat yang dilarang dlln.

    Posted 7 months ago #
  2. panduputera
    Member

    Saya tidak setuju. Mereka pun manusia biasa. Tak lepas dari bahaya dijalanan juga. Kalau kereta jabatan kerajaan lain salah parking, sedap je diorang saman, tapi kalau kereta polis buat tak tau jer.. MPT pun sama tak saman kereta polis. Setahun sekali sahaja saya jumpa anggota polis memandu kereta polis sambil pakai talipinggang keledar.. Inikan pula nak kuatkuasakan untuk penduduk belakang. Paku dulang...

    Posted 7 months ago #
  3. 3rd_eye
    Member

    Saya juga tak setuju kalau mereka dikecualikan. Penguatkuasa kena la kuatkuasakan undang2 pada diri sendiri dulu, baru betul. Tapi untuk kes-kes kecemasan, mungkin boleh dikecualikan.

    Posted 7 months ago #
  4. acp_yusof
    Member

    Pakdino..ini terpulang kepada keadaan.

    Posted 7 months ago #
  5. perangkaplaju
    Member

    Kita perlu bersikap positif dalam apa jua suasana dan keadaan tanpa menuding jari kepada sesiapa dan mengungkit kesalahan sama ada orang awam atau pihak berkuasa. Kita merujuk kepada undang dan mengemukakan aduan lengkap kepada pihak berkuasa seperti butir2 umum pesalah jalan raya berkenaan, seperti masa dan tarikh. Ini memudahkan pihak berkuasa bertindak. Saya berharap dengan adanya Private Eye (PE) ini pesalah jalan raya akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang2.

    Yang penting sekarang jika ada individu yang memandu di jalan raya melanggar undang2 jalan raya hantar saja ke laman web ini atau adu terus ke JPJ atau pihak berkuasa berkenaan. jangan biar pesalah jalan raya bebas dan bermaharaja lela di jalanan...

    Posted 7 months ago #
  6. Contoh melalui teladan. Undang2 tetap undang2 semua kena patuhi, unless you are authorize. Maksud saya apabila dalam keadaan kecemasan. Tetapi sebagai rakyat Malaysia semua kena patuhi undang2 tak kira siapa darjat anda. NO BODY IS ABOVE THE LAW. NangBaguz:)

    Posted 7 months ago #
  7. orked0110
    Member

    setuju sgt nangbaguz !!!~

    Posted 7 months ago #
  8. panduputera
    Member

    Bagaimana pula dengan masalah memakir...? takkan juga nak tengok keadaan.. anggota polis pi minum tapi parking bukan ditempat sepatutnya.. Tu kira minum kecemasan ka? Masa orang lain pun emas juga.. Apsal PBT kebanyakan cam takut saman keta polis salah parking?

    Posted 7 months ago #
  9. motorburuk
    Member

    Tengok keadaan la pak. Kalau polis tu nak kejar perompak, tentu nak cepat. Takkan nak pasang tali keledar, betulkan cermin belakang, bagi signal nak masuk jalan. Nanti perompak dah jauh lari. Kalau perompak lari 140 km sejam, takkan polis nak lari 110 km. Ikut keadaan/situasi ketika itu.

    Tapi tang pakir, tak bleh tolerate. Polis pun mesti parking betul2. Jangan main hentam je. Apa2 pun, tabik polis. Kita masih perlukan penguatkuasa.

    Posted 7 months ago #
  10. knp la suka sgt tgk kslhn org je...kslpn sendiri cmn plak?xpela....yg pntg kita sebagai rakyat malaysia yg bertanggungjawab, kita tau ape yg perlu n xperlu kita buat.ye x?
    bak kata JKJR, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.BUKAN POLIS YG MAMPU MENGUBAHNYA.renung-renungkan dan selamat beramal.

    Posted 7 months ago #
  11. ktong
    Member

    Police car is like a Tank, no body can stop them. Aiya, police malaysia iailah macam tu lah, what to do. Sometimes fast driving without turn on the emergency sound, it's will danger to other drivers. Sometimes driving slow, make the traffic jammed, perhaps that day they feel hungry and thirsty, need to find the FOODS..........

    Posted 7 months ago #
  12. rahman
    Member

    Malaysia mengamalkan demokrasi dan mempunyai perlembagaan. Hanya ada satu undang-undang bagi semua. Kalau undangx kata semua kena pakai talipinggang keledar semasa memandu, maka semua kena pakai. Tak kiralah dia Menteri ke, Polis ke atau apa saje. Itulah hakikat sekiranya kita memegang kepada Rukun Negara - keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undangx (laws are ment to be followed; not to be broken).

    Tahun lepas ada pegawai tinggi polis mengatakan polis tidak perlu pakai seatbelt semasa memandu kereta peronda. Saya rasa in satu kenyataan yang salah. Bukankah lebih baik bagi mereka memakai seatbelt semasa mengejar penjenayah dan memandu dengan laju demi keselamatan mereka DAN apa pun mereka berhentikan kereta sebelum kejar atau bertindak terhadap penjenayah, takkan takde masa nak lepaskan seatbelt, tak sampai satu/dua saat.

    Please no excuse! member perhatin......

    Posted 7 months ago #
  13. Saudara Rahman,

    Who is the Pegawai who made that statement? Where did you see this piece of news? Can you forward us the link please?

    Posted 7 months ago #

RSS feed for this topic

Reply

You must log in to post.