Panducermat Forum » Coffee Shop

Program Galakan Pemandu Berhemah

(7 posts)
  • Started 8 months ago by wanismailwanmohamed
  • Latest reply from zahar_EG

Tags:

  1. Pemandu berhemah juga perlu diberi penghargaan.Sebagai contoh mempmerkan sikap berhemah mereka di media massa bercetak dan elektronik. Tindakan ini akan menggalakkan mereka terus mengekalkan memandu secara berhemah. Salah sebuah stesen radio swasta dan beberapa kelab kereta ada menjalankan program seperti ini.

    Posted 8 months ago #
  2. saya sokong dengan cadangan en wan ismail wan mohamed ini. dengan adanya program seperti ini, pasti ramai yang akan sedar memandu secara berhemah ada untungnya. kiranya dapat perhebatkan program seperti ini lagi bagus.

    Posted 7 months ago #
  3. Memang bagus program macam ni. Saya sokong & kalau ada program2 yang boleh membantu mendisiplinkan pengguna jalanraya adalah sangat2 digalakkan. NangBaguz:)

    Posted 7 months ago #
  4. motorburuk
    Member

    Saya sokong cadangan En Wanismail. Selama ni kita bagi tumpuan kepada yang buruk2 aje. Apa salah bagi penghargaan pada yang baik pulak. Sekurang-kurangnya jadi contoh pada orang lain.

    Posted 7 months ago #
  5. faizy_danny
    Member

    setuju dengan cadangan saudara sekalian.jarang kita lihat di dada akhbar pemandu atau penumpang jalan raya kita ni diberi penghargaan.boleh dihitung dengan jari kes-kes tolong-menolong dan perilaku berkhemah ini di negara kita.tidak kiralah program "road safe" apa pun yang penting ianya bukan berkepentingan peribadi.mesti wujudkan satu badan kuasa yang boleh menilaikan sesuatu program berkenaan agar tidak disalah guna.

    Posted 6 months ago #
  6. cmana ek plaksanaannya?mcm konfius je....mmg ramai org malaysia yg bagus2 kat jalan raya...

    Posted 5 months ago #
  7. zahar_EG
    Member

    Semalam saya baru sahaja bersembang dengan seorang rakan yang pernah ke Negera Jepun. Menurut kenyataan beliau yang membezakan pemanduan di sana dan di Malaysia adalah DISPLIN. Beliau berkata pemandu di Jepun cukup berdisplin dan menepati waktu.

    Posted 4 months ago #

RSS feed for this topic

Reply

You must log in to post.