Panducermat Forum » Coffee Shop

SAMAN atau TUNDA kenderaan halang lalu lintas....!

(7 posts)
  • Started 7 months ago by perangkaplaju
  • Latest reply from AMIRul
  1. perangkaplaju
    Member

    Saya berharap pihak berkuasa perlu segera jalankan tindakan penguatkuasaan undang-undang2 terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas hingga menyebabkan kesesakan.

    Sudah sekian lama hingga hari ini, punca kesesakan ialah kerana kenderaan diletakkan di bahu jalan, di garisan kuning dan persimpangan jalan serta di tempat larangan meletakkan kenderaan.

    Kesesakan jalan raya selain pada hari kemuncak dan ketika bertambahnya kenderaan di jalan raya terutama hari cuti dan kenderaan bertambah di laluan susur juga penyebab jalan raya tidak lancar atau sesak dengan kenderaan.

    Bagaimanapun, sikap pemandu meletakkan kenderaan sesuka hati di tempat2 berkenaan dan selama ini kurang dan tidak kerap pihak berkuasa tempatan termasuk bandaran, polis dan JPJ mengambil tindakan menunda atau menyaman menyebabkan kenderaan seolah seperti disuruh-suruh meletakkan kenderaan di situ.

    Kerap berlaku kesesakan, sebagai contoh di lembah kelang, iaitu berhadapan Pasar Borong Selayang; kiri bahu Jalan Travers iaitu dari Stesen Petronas sebelah kiri hingga jalan masuk sebelah kiri Jalan Riong (Pejabat NSTP); Jalan Tengku Abdul Rahman, Jalan TAR dan banyak lagi kawasan yang menjadi tumpuan umum akan sesak denga kenderaan.

    Kesesakan ini adalah berpunca daripada kenderaan yang diletakkan sesuka hati di situ tanpa memikirkan masalah yang akan dihadapi orang lain.

    Paling ketara di Pasar Sehari Sentul. Jalan dua lorong menjadi sesak dengan kenderaan apabila orang ramai meletakkan kenderaan di bahu jalan seolah2 tempat meletakkan kenderaan mereka. Ini menyebabkan laluan menjadi satu lorong.

    YANG MENGAIRANKAN.... pihak berkuasa bandaraya dan polis tidak mengambil tindakan. Maaf jika seperti menyentuh bidang kuasa pihak berwajib. Cuma untuk sama-sama kita mencari langkah membendung pesalah jalan raya pihak berkuasa sajalah yang dapat memberi kesedaran di samping mengutip bayaran saman iaitu harga kesalahan dan kecuaian atau sikap mencabar undang-undang jalan raya yang mereka perlu bayar.

    Langkah pihak berkuasa seperti polis, bandaraya dan JPJ yang tidak mahu menjadikan tindakan saman bukan cara mendidik pengguna jalan raya hanya memberi ruang kepada pesalah jalan raya bermuka-muka.

    Yang penting kuatkuasakan undang kerana hanya pihak berkenaan saja mempunyai hak dan tanggungjawab melaksanakan tugas berkenaan yang orang awam tidak boleh melakukannya. Jika pihak berkuasa menyimpan kuasa ia sudahpun menjadikan sesetengah dan semakin ramai pemandu di jalan raya negara ini menjadi angkuh, liar melanggar lampu isyarat dan hingga sanggup mencabar pihak berkuasa apabila tindakan diambil ke atas mereka.... lagi nanti saya bagi pandangan pencegahan untuk dikongsi bersama...wassalam

    Posted 7 months ago #
  2. Pada pandangan saya, satu cara yang boleh dikenakan kepada pesalah trafik tegar (kesalahan dilakukan berulangkali) adalah untuk memanggil mereka ke JPJ atau PDRM dan 'menahan' mereka beberapa jam untuk melihat video kesalahan jalan raya. Kemudian diberi ujian mengenalpasti kesalahan. Diberi pula rating lulus atau gagal. Akhirnya baru diberi kebenaran membayar saman. Dan yang pentingnya pesalah MESTI DATANG SENDIRI dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

    Posted 7 months ago #
  3. dingminghwang
    Member

    Minta Polis dan MBSA kuatkuasakan akta jalan raya di sekitar Seksyen 9 Shah ALam, di sini motorist parking ikut suka dan menghalang lalu lintas.

    Posted 7 months ago #
  4. ktong
    Member

    I think u are miss post the complaint from here, if u want government to take action on the place u mentioned, is can. But i think need to wait 1 year, 2 years or later, because the government always said planning to do sooner, planning, planning, but no action, Malaysia Culture mah...

    Posted 5 months ago #
  5. ape kata kalu kita sendiri yg perlu berubah dahulu tanpa menuding jari ke arah pihak yang lain.sebenarnya tanpa penguatkuasaan juga keadaan boleh menjadi baik.cuba ubah diri kita untuk menjadi seorg yang berdisiplin dan sentiasa berhemah. lagi satu, kalau kita dah nampak ada pengguna jalan raya yang lain buat salah atau buat apa saja yang boleh menyukarkan pengguna jalan raya yang lain, tegur-tegurlah mereka dengan cara yang paling berhemah.bak kata pepatah JKJR, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

    Posted 5 months ago #
  6. zahar_EG
    Member

    Masalah sebenar adalah displin pemandu. Ramai dari orang kita mempunyai minda kelas ke 3.

    Posted 4 months ago #
  7. AMIRul
    Member

    bab tegur menegur org ni memang isu yang menarik...

    1st...what u want them to listen for...(huh...yg ni susah...if it's about their wrong doing...pergh...mmg payah...that's attitude yg susah nak ubah)
    2nd...then comes to how u approach people...(different people different approach of course)lain org lain caranya...

    apa2 pun yang paling basic...just be humble and nice to them...
    (sekadar sedikit experience in HSE)

    Posted 3 months ago #

RSS feed for this topic

Reply

You must log in to post.